Thursday, April 1, 2010

bila april..

Assalamuailaikum semua!!



Pejam Celik..Pejam Celik..dah masuk bulan April..cepatnya masa berlalu.setelah suku penggal pertama 2010 berlalu bayk perkara berlaku,ada yang gembira n pasti gak ada yg sedih..
bulan april dh masuk,thats means final exam pon dh nk start,skrg msg2 dh sibuk nk study n aku gk sedang bertungkus lumus nk siapkn tesis..

Oh,ok2..bila cakap pasal april ni..first thing yang aku pk n korg2 sume pk mesti ttg aprilfool's day kn, xpon lagu bila april (fazley)..haha~~
dlu masa sekolah..cuak gler bila 1 april..mesti pastikan diri dalam keadaan yg sempurna n bersedia..manalah tau kalo ada kawan2 kita yg wat lawak bodoh o something yg nk kenakan kita..so,kita leh wat dunno n bodoh je..hee~~
dari aku kecik smp dh besar dewasa ni aku mmg xpenah sambut aprilfool aprilfool ni ea,wat kat org pon xpenah.betul!!.ekceli aku pon xtau nape kita org islam ni xleh celebrate aprilfool ni..kat sekolah dlu ustazah just ckp xleh tapi dia ckp plak kenapa..mengapa..

Setelah aku mengkaji(hah,mengkajila sgt..)aku mendapati rupa-rupanya.......

"April’s Fool ini berasal dari satu episod sejarah pahit keruntuhan kerajaan Islam Sepanyol pada tahun 1487, atau bertepatan dengan 892 H.Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera Kristian.Penduduk Islam di Moors, Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.Tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan penganut Islam dari bumi Sepanyol, justeru, mereka membuat helah.Mereka memaklumkan penduduk Muslim boleh berlayar keluar dari bumi Sepanyol dengan selamat bersama-sama barangan mereka dengan menggunakan kapal di pelabuhan.Orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran itu suatu penipuan pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokannya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan.Pada masa itulah pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk Islam. Penganut Islam juga tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya musnah dibakar.Pihak Kristian kemudian menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, tidak kira lelaki, perempuan, serta anak kecil. Peristiwa berdarah yang meyedihkan itu kemudiannya diraikan tentera Kristian.Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan saja di Sepanyol tetapi juga di seluruh dunia sebagai `April Fool's Day'.

Inilah kisah di sebalik 'April Fool' yang 'kita' semua sibuk 'meraikannya'.dalam xsedar rupanya aprilfool ni sebagai tanda nk mempersendakan agama islam.Yang aku peliknya,org islam sendiri plak yang xsabar2 nk tggu bulan april sbb nk celebrate hari bodoh ni..huh~~



CHUP2!!:bulan Mac dah bes..saya suka bulan Mac..hee~

No comments: